THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, April 2, 2009

Refleksi

Refleksi 1:
Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?

Sebagai seorang pendidik, sudah tentu mempunyai banyak cabaran dalam usaha mencapai hasrat Negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21. Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan utama. Dari satu sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk menyediakan tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menggerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dari sudut lain pula pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal, diharapkan menjadi individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya. Keadaan dunia abad ke 21 akan semakin kecil dengan penemuan dan ciptaan baru serta maklumat yang sebegitu banyak ledakan maklumat atau prasarana maklumat menjadi paling hebat apabila high performance communication digabungkan dengan high performance computing. Melalui penggunaan pelbagai alat dan perkakasan hasil kemajuan teknologi seperti digital teknologi. World Wide Webs dan Internet. Kita dapat mencapai, menyimpan, mendapat balik dan menggunakan maklumat dengan cepat dalam masa yang singkat.
Dalam pada itu antara transformasi yang perlu dilalui oleh seorang pendidik ialah menguasai kemahiran ICT dimana pengetahuan mengenai ICT harus didedahkan kepada pelajar untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dalam bidang ini. Selain itu juga guru harus menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Refleksi 2:
Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?

Sekiranya saya ditempatkan di sekolah Bestari, antara langkah-langkah yang akan saya lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah ialah:

1. Mengadakan Program Kemahiran ICT untuk guru-guru di sekolah kerana kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap 'perlu belajar' dan 'perlu bimbingan' untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.
2. Mencadangkan guru supaya menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk pengayaan.
3. Membantu guru yang lemah dalam kemahiran ICT dengan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya.
4. Mengadakan Hari ICT di sekolah agar dapat menimbulkan minat guru dan pelajar dalam bidang ICT.

Refleksi 3:
Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.

1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?

Ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada saya membolehkan saya mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian ialah:
• Pelajar mencari dan membincangkan sumber maklumat daripada internet
• Pelajar membantu antara satu sama lain dengan mengadakan perbincangan melalui talian yang telah disediakan oleh guru.
• Pelajar berinteraksi dengan rakan sekelas, pensyarah, nota kuliah, internet, dengan ahli kumpulan, rakan tugasan.
• Interaktif melalui penyediaan bahan pengajaran seperti nota dan latihan dan soalan peperiksaan melalui talian. Pelajar dapat download bahan yang diperlukan.

2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

• Menyediakan rancangan pengajaran yang mengandungi sinopsis, objektif, maklumat pensyarah, rancangan pengajaran, polisi penilaian.
• Menyediakan bahan pengajaran (nota kuliah, bahan bacaan tambahan) melalui web supaya boleh diakses dan dimuat turun oleh pelajar sebelum waktu kelas sebenar.
• Mengadakan kuiz atau ujian dalam talian.

3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?

• Guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT.
• Guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran murid-murid dan menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote learning).
• Guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif.
• Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid.


Refleksi 4:
Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

Pada pendapat saya, menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia merupakan satu tugasan yang amat sukar dan amat memerlukan seseorang yang agak mahir dalam penggunaan software. Namun begitu, dengan adanya tunjuk ajar ustaz serta bantuan rakan-rakan, sedikit sebanyak saya dapat menyiapkan tugasan tersebut.

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

Sudah pasti projek ini dapat membantu saya ketika menjalani praktikum nanti. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah amat penting dimana dengan adanya penggunaan bahan multimedia, ianya dapat menarik minat pelajar dan dapat memudahkan pelajar untuk memahami isi-isi pembelajaran. Disamping itu juga, penggunaan multimedia ini amat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)
Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?
Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?

YA:Sekiranya saya fasilitator/tutor kelas, saya akan menukar kaedah penilaian tugasan ini kepada penilaian berdasarkan suara ramai kerana bagi saya setiap penilai bebas untuk member komen dan pandangan untuk memperbaiki apa yang kurang semasa pembentangan tersebut. Disamping itu juga, ia dapat membantu audience untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

Refleksi 5:
Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?

TIDAK: kerana pada pendapat saya, sukatan pembelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini mempunyai input yang banyak dan sesuai dengan kemampuan pelajar.

0 comments: